Lima Pelajar Darul Quran Jadi Imam Terawih Di Australia

terawih1

Lima orang pelajar Darul Quran Jakim telah dihantar ke Australia pada 4 Jun 2016 untuk menjadi imam solat tarawih dan berdakwah sepanjang bulan Ramadhan 1437/2016. Mereka telah diamanahkan untuk bertugas di Sydney, Melbourne dan Perth, Australia.

Selain menjadi imam solat tarawih, pelajar-pelajar ini juga akan menyampaikan khutbah Jumaat serta Aidil Fitri, qiyamullil, tadarus al-Quran, memberi tazkirah, klinik al-fatihah, kem smart solat untuk kanak-kanak dan dewasa serta program lain yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat khususnya warga Malaysia yang berada di sana.

Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar Darul Quran untuk membimbing serta berdakwah kepada masyarakat Islam di luar negara khususnya dan secara tidak langsung juga kepada non-Muslim.

Selain itu, melalui program ini, para pelajar berpeluang mendapat pengalaman tentang cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat Islam dan non-Muslim di luar negara dalam menyampaikan dakwah di samping mempertingkatkan kualiti pelajar menghadapi cabaran di peringkat global.

Nama-nama pelajar Darul Quran yang terlibat dalam program ini ialah Mohd Saifuddin Bin Ramly, Tengku Zairul Kamal Bin Tengku Kamarozaman, Muhammad Mujahid Bin Yusup, Taufik Rehda Bin Md Hamdani dan Muhammad Luqman Hakim Bin Othman.

Program penghantaran pelajar ini merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy [NBOS]) antara Darul Quran Jakim dan Education Malaysia Australia (EMA) serta disokong oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Kejayaan dalam melaksanakan program ini akan dapat memperkenalkan lagi peranan Jakim khususnya Darul Quran di peringkat antarabangsa. – darulquran.gov.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s