Pelajar Lulusan Sekolah Agama Mampu Lakar Kejayaan Dalam Pelbagai Bidang – Ahmad Zahid

SUNGAI BESAR: Pelajar lulusan sekolah agama mampu melakar kejayaan dalam apa jua bidang pekerjaan sekiranya diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata produk sekolah agama mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dan penuh tanggungjawab dalam mendapat keredaan Allah.

“Saya juga adalah produk sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh.

“Kalau kita diberikan peluang, kita boleh jalankan tugas dengan baik dan amanah,” katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama warga pendidikan daerah Sabak Bernam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.
mahdzir
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan penjenamaan semula SMKA Sabak Bernam kepada SMKA Tun Hajah Rahah.

Pertukaran itu bagi mengiktiraf kejayaan akademik dan kurikulum sekolah kluster kecemerlangan itu.

“Saya menerima cadangan dari pihak sekolah berhubung pertukaran nama ini dan Rabu lepas, selepas mesyuarat kabinet, saya bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau bersetuju (cadangan pertukaran nama),” katanya.

Ahmad Zahid turut meluluskan permohonan mengecat enam blok bangunan sekolah berkenaan meliputi kelas, dewan dan surau.

Beliau turut mengumumkan kelulusan pembinaan bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam di tapak sedia ada, yang akan dilaksanakan secepat mungkin.

— BERNAMA



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s