MADINAH: Budaya Berbuka Beramai-Ramai Keunikan Ramadan Di Bumi Arab Saudi



Budaya berbuka puasa beramai-ramai atau ‘Iftar Jama’i’ di dalam dan sekitar Masjid Nabawi menjadi satu keunikan budaya berkongsi sambil menderma pada bulan Ramadan di sini.

Tinjauan Bernama mendapati apabila hampirnya waktu berbuka, pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai negara berhimpun untuk berbuka di atas alas plastik dan dihidangkan makanan bagi berbuka puasa.


Dari dalam Masjid Nabawi sehingga ke luar masjid dapat dilihat pelbagai pihak sama ada individu atau pihak tertentu mendermakan makanan untuk umat Islam berbuka.

Disebabkan jumlah yang ramai sehingga mencecah kepada lebih 500,000 orang, ada yang mengadakan tempat berbuka di kaki-kaki lima.

Pelajar Universiti Islam Madinah, Abdul Aziz Abbas berkata kepada Bernama budaya ini hanya dapat dilihat pada bulan Ramadan yang menjadi amalan orang Arab kerana ramai umat Islam datang ke Arab Saudi untuk beribadat pada bulan mulia ini mencari pahala.

Pelajar dari Malaysia itu berkata malah, beliau turut menyertai aktiviti itu bersama persatuan mahasiswa pelajar universiti berkenaan.

“Ia adalah sesuatu yang unik dan mengajak umat Islam untuk berbuat kebaikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira dari mana mereka datang.

“Apabila kita bentangkan lapik plastik dan makanan, mereka dari pelbagai negara termasuk Pakistan, Bangladesh, Afrika dan banyak lagi negara Islam lain akan duduk berbuka dengan kita,” katanya.

Beliau berkata sebaik selesai berbuka, semua makanan akan dibersihkan dan alas plastik itu akan dijadikan tempat bersembahyang maghrib dengan berimamkan imam Masjid Nabawi.

Jemaah Umrah TH Travel, Mohd Fairuz Yusof berkata antara makanan dihidangkan ialah buah kurma, air buah dalam botol plastik, buah-buahan, yogurt, nasi lauk ayam dan roti.

Mohd Fairuz dari Kuala Lumpur berkata biasanya makanan dihidangkan mencukupi untuk seseorang itu kenyang.

“Ini satu keunikan yang cukup mengagumkan saya kerana kita boleh lihat kira-kira lebih 500,000 umat Islam berbuka bersama dalam tempoh 20 minit sebelum tunaikan solat maghrib.

“Ia satu budaya yang wajar dikongsi di Malaysia. Sebab saya cukup seronok menyaksikan amalan ini,” katanya.

Jemaah umrah, Mohd Hatta Jaafar dari Kuantan, Pahang berkata budaya itu dilihat praktikal dalam memupuk rasa hormat kepada orang lain.

“Ia membuang sikap prasangka dan melatih kita agar sentiasa positif pada orang luar di samping memupuk sifat suka menderma dan membantu sesuai dengan amalan ajaran Islam,” katanya.

Daripada Mohd Razman Abdullah, Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s