Hari ini pengurusan Kes Fitnah Akmal Nasir Terhadap Jamil Khir dan YaPEIM

adnan lawyer
Adnan sempat bergambar dengan Tan Sri Khalid sementara menunggu pengurusan kes jamil khir selesai.

KUALA LUMPUR: Hari ini, peguam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menghadiri pengurusan kes fitnah akmal nasir terhadap Menteri itu dan YaPEIM.

Adnan Seman melalui firma guaman Adnan Sharida & Associates dijangka mengemukakan beberapa perkara berkaitan kes fitnah ini.

Jamil Khir Baharom pada 19 November tahun lalu memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir.

Saman itu berhubung dakwaan Akmal bahawa Jamil Khir menyalahgunakan Wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan Akmal pada 13 November lalu kepada umum dan laman web serta laman Facebook NOW.

Jamil Khir memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan beliau di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Adnan Sharida & Associates.

Beliau menuntut RM10 juta daripada Akmal Nasir dan berjanji wang itu akan diberikan kepada anak-anak yatim fakir dan miskin.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s