YaPEIM Buka Hotel Di Luar Negara Tahun Depan

PASIR PUTEH: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memperluaskan perniagaan baharunya dalam bidang perhotelan di dalam dan luar negara, mulai tahun hadapan.

Ketua Pengarah, Datuk Abibullah Samsudin, berkata sebagai permulaan beberapa lokasi strategik di negara ASEAN sudah dikenal pasti untuk pembangunan hotel berkenaan.

“Antara negara tumpuan ialah Indonesia, Singapura, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka. Selain itu, beberapa hotel juga akan dibina dalam negara iaitu di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Langkawi.

“Ini adalah satu lagi cabang perniagaan baharu YaPEIM dalam membantu mengembang dan mengukuhkan lagi ekonomi umat Islam di negara ini.

“Hari ini, kita juga berasa sangat gembira kerana sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang diperkenalkan YaPEIM berjaya menarik perhatian negara luar dan menjadi model terbaik mereka khususnya dalam kalangan negara Islam dan negara membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Inspirasi Ramadan YaPEIM, di Masjid Ibrahimi, di sini, malam tadi. Seramai 1,000 murid dari beberapa jajahan negeri ini dan Besut, Terengganu menerima wang tunai RM100 dan kuih raya setiap seorang sumbangan YaPEIM.
abib1
Majlis itu disempurnakan oelh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

– Berita Harian 22 Jun 2016

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s