Najib Gesa Tolak Golongan Anti-Islam

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat di negara ini supaya menolak golongan anti-Islam dan pihakyang bersengkongkol dengannya.
najib pekan
Najib berkata umat Islam tidak boleh berkompromi dengan hal itu kerana adalah menjadi kewajipan untuk memperjuangkan Islam demi memastikan syiar Islam terus berkembang di negara ini.

“Kita tidak boleh kompromi dalam hal ini, mesti perjuangkan agama Islam dibumi bertuah ini. Kita tolak sesiapa yang tidak suka Islam dan sudah tentu kita tahu siapa mereka ini dan pihak yang bersengkongkol dengan mereka.

“Kewajipan kita sebagai umat Islam untuk perjuangkan Islam authentic. Islam yang sebenar tidak keterlaluan, tidak terlalu longgar atau liberal sebaliknya yang pertengahan, seimbang dan wasatiyah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan solattarawih bersama kepimpinan masyarakat dan kakitangan kerajaan Parlimen Pekan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al Haj, pada Ahad.

Majlis turut dihadiri oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, anak perempuannya Nooryana Najwa, menantunya Daniyar Kesikkba serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata dalam masa yang sama, umat Islam di negara ini juga perlu menghormati penganut agama lain untuk menunjukkan kebaikan ajaran agama Islam supaya dalam masa yang sama mereka juga menghormati ajaran agama Islam sendiri.

Selain itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menyeru umat Islam memanfaat sepenuhnya 10 malam terakhir Ramadan ini dengan melakukan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Umat Islam juga, katanya perlu mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah yang banyak memperoleh kejayaan sepanjang bulan Ramadan walaupun terpaksa berjuang dalam keadaan lapar dan dahaga.

“Tidak semestinya berada dalam keadaan keletihan dan kelaparan menjadikan umat Islam lemah. Apa yang penting untuk menentukan ketaqwaan dan kejayaan ialah keimanan serta daya juang yang kukuh.

“Dengan berbekal perkara ini serta persiapan rapi sebagai satu pakej, Insya-Allah kita akan boleh berjaya bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi juga sepanjang masa,” katanya.

Pada majlis itu, Najib yang berbaju Melayu dan berkain pelikat turut menyampaikan sumbangan kepada 61 penerima terdiri daripada 25 pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, di sini dan 36 warga dari Parlimen Pekan. -Bernama/mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s