YaPEIM Kembangkan Projek Peruncitan Halal ke Sabah

sapawi2
SIPITANG: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mengembangkan Projek Peruncitan Halal yang sudah bertapak di utara Semenanjung ke Sabah tidak lama lagi.

Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkenaan, Datuk Abibullah Samsudin berkata projek yang sudah mempunyai sembilan cawangan itu akan dilebarkan ke selatan dan ke timur Semenanjung serta ke Sabah dan Sarawak.

Selain itu, beliau memaklumkan YaPEIM juga sedang membangunkan kedai-kedai runcit di bawah payung YaPEIM yang memasarkan produk Indutsri Kecil dan Sederhana (IKS) milik usahawan muslim dari seluruh Malaysia.

“Kita sedang membangunkan kedai-kedai runcit yang dilihat hidup segan mati tak mahu menerusi payung YaPEIM.

sapawi1
DUIT RAYA….Sapawi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan kepada anak-anak yatim.

“Mereka yang menjual produk IKS ini kebanyakan adalah usahawan muslim yang mana produknya agak susah untuk dipasarkan.

“Justeru, kita menyediakan tempat untuk mereka mempamer dan menjual produk-produk mereka, dan kita yakin akan dapat memasarkan produk dari Perlis ke Sabah dan sebaliknya,” katanya kepada media selepas Majlis Inspirasi Ramadan YaPEIM 1437H di Masjid Imam Haji Hashim di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang juga Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM menyambut baik rancangan yayasan berkenaan untuk meningkatkan ekonomi para usahawan khususnya di negeri ini.

Melihat kejayaan Ar Rahnu yang telah mencipta kejayaan di sembilan cawangan di Sabah, beliau mencadangkan YaPEIM merebut peluang untuk membuka pasaraya di daerah tersebut memandangkan Sipitang bakal menerima limpahan ekonomi daripada Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan Projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR).

“Yapeim perlu mengambil peluang untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya dengan mewujudkan hypermarket atau pasaraya kerana Sipitang merupakan satu tapak yang baharu yang akan terus berkembang.

“Tapak ini sudah dikenali dan ia akan diisi lagi dengan beberapa agensi syarikat minyak dan gas yang lain.

“Kita yakin Sipitang akan terus berkembang melalui jajaran Pan Borneo di mana daerah ini menjadi pintu masuk antara Merapok Lawas dan jambatan dari Brunei menuju ke wilayah Sabah,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Sapawi turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan para pelajar tahfiz tajaan badan itu sebelum berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib bersama kira-kira 500 jemaah.
-Malaysiaaktif.my

-AAS

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s