Presiden Gerakan Tidak Setuju Label DAP Kafir

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang melabelkan DAP sebagai kafir harbi.

mah gerakan
Dalam kepercayaan orang Islam, kafir harbi merujuk kepada orang kafir yang boleh diperangi kerana menentang Islam.

“Saya tidak bersetuju. Itu salah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada bersetuju atau tidak dengan kenyataan mufti Pahang itu yang melabelkan semua yang menentang hudud, termasuk DAP, sebagai kafir harbi.

Ditanya sama ada beliau, sebagai menteri di jabatan perdana menteri akan membangkitkan isu berkenaan dalam kabinet , Mah sekadar menjawab:

“Saya akan berbincang dengan mereka yang berkenaan,” katanya sambil mengulangi bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan mufti Pahang itu.- Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s