Bukan Islam Sengaja Buat Tak Faham Perundangan Islam

KOTA BHARU – Golongan bukan Islam tetap tidak akan menerima pelaksanaan kanun jenayah syariah walaupun selepas pelaksanaannya, ia dilihat berjalan secara adil.

sokong 355
Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata, mereka bukan tidak memahami hukum pelaksanaan kanun itu, namun tidak boleh menerima dan takut dengan Islam secara menyeluruhnya.

“Kefahaman rang undang-undang (RUU) daripada konteks keadilan sejagat perlu dijelaskan bagi mengelak kekeliruan berterusan. Seperkara lagi, bukan Islam sengaja buat tak faham sebab perkara itu dijadikan isu dan modal politik mereka,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka selepas Akta 355 diperluaskan dan dilaksanakan, orang bukan Islam mula memilih syariah Islam kerana melihat undang-undang itu dijalankan secara adil.

Katanya, tindakan menolak hukum Islam menandakan penentangan sebahagian daripada bukan Islam terhadap Islam itu secara keras, tegas dan tanpa diplomasi.

Mengenai penubuhan parti baharu dan cadangan pakatan pembangkang baharu, Sayuti berkata, ia akan menjadi sejarah politik tanah air jika berjaya dilakukan kerana sebelum ini usaha menjatuhkan Umno dan BN tidak pernah berjaya.

“Sekiranya yang diuar-uarkan ini jadi kenyataan, Tun Dr Mahathir (Mohamad) tubuh parti baru dan bentuk pakatan dengan pembangkang, ia sejarah atau pakatan pertama melibatkan Dr Mahathir sendiri menjatuhkan BN. Ia juga boleh dikira sesuatu yang baru dan unik yang mungkin membawa kesan apabila pakatan pembangkang kali ini mungkin tidak melibatkan parti agama,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s