Jihad Hanya Boleh Dilaksanakan Atas Arahan Kerajaan Islam

KUALA LUMPUR 21 Julai – Kerajaan perlu memperkasakan kefahaman berhubung erti jihad dan sistem pemerintahan Islam bagi mengekang penularan ancaman kumpulan militan Daesh dalam kalangan rakyat khususnya di peringkat kanak-kanak dan remaja.

Felo Kehormat Kanan, Universiti Islam Malaysia (UIM), Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, langkah mencerakin ilmu tentang maksud sebenar kedua-dua perkara itu dapat membendung salah faham yang timbul daripada tafsiran oleh pihak-pihak berkepentingan
wan zahidi
“Antara umpan yang digunakan untuk menarik sokongan ialah tentang pewujudan sistem pemerintahan khalifah seperti di zaman sahabat Rasulullah. Sebenarnya tidak ada pemerintah khalifah dalam konteks sunah melainkan 30 tahun selepas Nabi Muhammad wafat.

“Umpan ini dicipta oleh musuh Islam sebab apabila ada khalifah bermakna satu pemerintahan untuk seluruh umat Islam. Ertinya umat Islam akan memberontak terhadap setiap pemerintah di negara mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Khas Ancaman Daesh (IS) Bertapak di Malaysia anjuran Majlis Perundingan Melayu dan Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Yang turut menjadi ahli panel pada sidang khas tersebut, ialah Timbalan Ketua Pengarah Modal Insan, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Brigedier Jeneral Datuk Nawawi Daud; Pegawai Turus Bahagian Counter Terrorism PDRM, Superintenden Ahmad Norisham Ma’arus; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa; Pegawai Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan Krisis Negara Majlis Keselamatan Negara, Hamzah Ishak dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jakim, Ustaz Ruslan Said.
israhell
Wan Zahidi berkata, makna jihad pula telah banyak dipesongkan demi menarik sokongan umat Islam terhadap kumpulan militan tersebut.

“Ulama menegaskan jihad hanya boleh dilakukan melalui pemerintah yang sah. Maknanya jihad itu bersama pemerintah sah, sebab hanya pemerintah yang tahu hendak memutuskan bila hendak berperang dan sebagainya.

“Tidak boleh sesebuah kumpulan mengisytiharkan jihad, maka itu dinamakan jihad. Selain itu jika hendak berjihad perlu mendapat keizinan ibu bapa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s