Kerajaan Sedang Susun Mekanisme Nikai Cerai di Selatan Thailand

KANGAR: Berikutan peningkatan jumlah rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand, satu mekanisma terbaik perlu dibuat untuk menangani isu itu supaya ia sah di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang akan mengundang banyak masalah terutama kepada isteri dan anak-anak.
yala2
“Dalam hubungan ini, kita dan lima Wilayah Andaman di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Pattani, Satun dan Songkhla akan merumuskan mekanisma bagi mengukuhkan perkara berkaitan nikah cerai membabitkan pasangan Malaysia yang berkahwin di wilayah tersebut.

“Oleh kerana bilangan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat setiap tahun, perkara ini perlu dikekang bagi mengelak masalah yang mungkin berlaku kemudian,” kata Jamil Khir.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan pengurusan nikah cerai ketua-ketua pendaftar seluruh negara dengan jawatankuasa Majlis Agama Islam (MAI) lima wilayah tersebut di sini, malam tadi.

Katanya, antara kesan perkahwinan yang tidak didaftar atau dirahsiakan ialah anak tidak ada sijil kelahiran, tiada kad pengenalan dan ada juga yang terpaksa dibinkan ‘Abdullah’ walaupun perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.

“Perkara menjadi lebih rumit apabila berlaku kematian atau perceraian menyebabkan kesukaran mengesahkan pewaris berkaitan tuntutan harta dan pembahagian harta sepencarian.

“Ini antara punca keruntuhan institusi kekeluargaan. Sebab itu saya minta pasangan yang berkahwin di selatan Thailand atau di mana sahaja supaya mendaftar semula perkahwinan mereka sebaik balik ke negara ini,” katanya.

Jamil Khir berkata, beliau turut meminta Yang Dipertua MAI lima wilayah tersebut supaya memberi penekanan kepada pasangan negara ini mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia selepas berkahwin.

“Persidangan tahun keempat berturut-turut ini menunjukkan kerajaan serius dalam usaha mengatasi isu tersebut,” katanya sambil menambah pasangan yang merancang berkahwin di luar negara juga harus mendapat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa negara ini.
yala3
Sementara itu, Yang Dipertua MAI Yala, Ismail Abdul Latif Hari berkata, MAI Wilayah Andaman hanya menerima pasangan yang memenuhi syarat sebelum mereka dikahwinkan seperti memiliki pasport.

“Kebanyakan kes yang kami terima membabitkan pasangan yang hendak berpoligami tetapi menghadapi masalah meneruskan perkahwinan mereka di Malaysia,” katanya sambil menambah pembabitan broker atau sindiket lebih menimbulkan masalah.

Menurut Ismail, agen yang tidak baik mengggunakan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan terbabit berkahwin dan mereka juga mengenakan bayaran yang tinggi sedangkan kos perkahwinan hanya kira-kira 6,000 baht sahaja. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s