Hilary Clinton Raih Dana Pilihan Raya RM210 Juta

WASHINGTON – Calon Pre­siden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokratik, Hillary Clinton berjaya meraih dana pilihan raya sebanyak AS$52 juta (RM210 juta) iaitu hampir AS$11 juta (RM44.5 juta) melebihi pesaingnya, Donald Trump daripada Republikan.

clinton
Jumlah itu menunjukkan kekuatan kempen Clinton yang semakin rancak dalam meraih dana menjelang pilihan raya umum kelak.

Taikun hartanah, Trump yang dipilih secara rasmi oleh Parti Republikan sebagai pesaing merebut jawatan di Rumah Putih pula sekadar memperoleh AS$41 juta (RM166 juta) dana tunai.

Laporan kewangan kempen terbaharu yang dikeluarkan kelmarin mendedahkan perlumbaan mengumpul dana 2016 ketika calon dan kumpulan penyokong mereka menumpukan perhatian pada pilihan raya yang akan berlangsung pada November depan.

Berdasarkan sejarah, kutipan dana me­rupakan sistem utama dalam kempen pilihan raya presiden dengan dana yang diperoleh bakal digunakan untuk membayar kakitangan kempen dan iklan televisyen yang mahal.

Walaupun diatasi oleh Clinton, Trump menerima lebih banyak dana dalam kalangan penderma kecil dengan memperoleh lebih daripada AS$12.1 juta (RM49 juta) termasuk sumbangan bernilai AS$200 (RM810) atau kurang daripada itu.

Sejak membuat rayuan dana melalui kaedah dalam talian buat kali pertama pada 21 Jun lalu, jumlah itu ternyata dua kali ganda melebihi sumbangan yang diterima Clinton dengan cara yang sama. Malah, Trump bermula agak lewat.

Clinton dijangka akan dinamakan secara rasmi pada Konvensyen Demokratik Kebangsaan di Philadelphia minggu depan. – AP/Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s