Suhu Musim Haji Tahun Ini Mungkin Cecah 50 darjah Celcius

KUALA TERENGGANU: Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas semasa menunaikan ibadah bagi mengelak strok haba.
makkah

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Johan Abdullah berkata hasil perbincangan TH dengan kerajaan Arab Saudi, dijangkakan suhu semasa musim haji tahun ini boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

“Oleh itu, kami ingin menasihati para jumaah haji agar menjaga diri supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca yang panas itu.

“Jemaah haji hendaklah minum air dengan banyak bagi mengelak berlaku strok haba. Ini penting bagi menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah supaya dapat melaksanakan kerja haji dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian kursus Perdana Haji peringkat negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman di Taman Tamadun Islam di sini malam Jumaat.

Johan turut mengingatkan jemaah agar tidak terikut-ikut atau terlibat dengan demonstrasi dan sentiasa fokus kepada ibadah.

Selain itu, jemaah perlu melakukan latihan berjalan kaki di kawasan kediaman masing-masing bagi menguatkan stamina dalam menghadapi suasana di tanah suci, kerana kediaman jemaah agak jauh daripada Masjidil Haram.

Katanya pada tahun ini, sebanyak 22,000 jemaah dari negara ini akan menunaikan fardhu haji bermula 4 Ogos dengan 47 penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Jeddah atau Madinah.

“TH tidak lagi mengadakan penerbangan haji melalui negeri-negeri kerana kita menyediakan pesawat Airbus yang lebih besar. Separuh penerbangan menggunakan penerbangan MAS dan separuh lagi penerbangan Saudi Air,” katanya.

Sementara itu Ahmad Razif melahirkan penghargaan kepada TH kerana meneruskan subsidi kepada jemaah Haji sehingga RM170 juta walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Katanya, kos sebenar tambang menunaikan fardhu haji sebanyak RM18,890 seorang, tetapi TH menanggung sabsidi sebanyak RM8,910 dan setiap jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980.

“Tahniah TH. Saya berharap TH dapat mengekalkan tambang subsidi ini supaya bakal-bakal haji mampu menunaikan fardhu haji dengan jumlah tambang yang ditetapkan itu.

“Saya ingin ingatkan kepada 1,300 jemaah dari Terengganu supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan menjaga tingkah laku serta mengikut arahan TH dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s