Selena Gomes Dah Tiba di Kuala Lumpur

Sepang: Penyanyi yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur semalam, untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

salena
Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja mempunyai bakat luar biasa, tiba 8 malam dan disambut hampir 100 peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, memberitahu dia dan peminat lain menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 pada Sabtu.

“Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga sudah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau,” kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Hands to Myself” itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun

lalu, di Stadium Melawati di Shah Alam, malam Isnin.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu. – Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s