Di SMK Putera Jaya Setiu Terengganu: Program Inspirasi UPSR YaPEIM 2016

Menyedari akan kepentingan ilmu serta aspek pendidikan di dalam pembangunan sesebuah negara, maka Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta bagi melaksanakan Program Inspirasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) YaPEIM 2016 yang akan dilaksanakan di 145 buah daerah seluruh negara yang bermula pada 20 Julai 2016.

yapeim1
Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Haji Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam UPSR khususnya pelajar luar bandar. Menurutnya, dijangka seramai lebih kurang 43,500 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kurang berkemampuan dan berpotensi untuk lulus dalam UPSR bakal mendapat manfaat daripada program tersebut.

Para Pelajar akan diberi tips dan teknik menjawab soalan UPSR sebulan sebelum peperiksaan tersebut berlangsung dan melalui program ini, ia secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan motivasi ibu bapa dan pelajar ke arah mencapai kajayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sosial,
yapeim2
YaPEIM mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Utusan Malaysia (UM) dalam menjayakan program tersebut. KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula akan turut memantau perjalanan dan pelaksanaan program yang melibatkan 145 buah sekolah itu termasuk mengenal pasti senarai kumpulan sasar, para penceramah, motivator serta lokasi program.

Khusus untuk program “INSPIRASI UPSR YaPEIM 2016” yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 622 orang termasuk ibu bapa; guru; pegawai ppd & pegawai jpn. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi bin Nazir (Timbalan PPD Setiu) dan turut hadir adalah pengurusan utama YaPEIM serta pemimpin masyarakat setempat.
yapeim4
Terima kasih di atas kerjasama semua pihak termasuk KPM dan Utusan Malaysia dalam menjayakan program ini khususnya kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji Bulanan (SPG) YaPEIM yang telah memberi ruang kepada kumpulan sasar dan para pelajar untuk turut sama mendapat peluang dalam mencapai cita-cita mereka untuk lebih berjaya

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s