Perdana Menteri Serahkan 1,100 Surat Tawaran Haji Kepada Imam, Ketua Kampung dan JKKK

haji mdb
PERDANA MENTERI petang tadi bersama-sama dengan 1,100 imam masjid, ketua kampung dan JKKK yang tidak berkemampuan, telah diberikan surat tawaran menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Alhamdulillah, tengah hari tadi saya telah menyampaikan surat tawaran Fardhu Haji kepada imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung yang bertuah menjadi tetamu Allah dalam program khas Haji 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya,” kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam laman web peribadinya, Najibrazak.com.

Program khas Haji ini bermula pada tahun 2011 dan pada waktu itu, jumlah peserta adalah seramai 111 orang. Sejak itu, kita telah berjaya menghantar seramai 4611 jemaah Haji dengan 1100 orang lagi pada tahun ini, jumlah terbesar setakat ini.

Kesemua peserta ini, imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung, banyak berjasa, lebih-lebih lagi dalam menyampaikan serta menegakkan syiar Islam, semuanya ikhlas kerana Allah SWT.

Najib berkata, program seperti ini memberi banyak kebaikan terutama mereka yang tidak berkemampuan, sedangkan panggilan untuk berhadapan dengan kaabah semakin mendesak dalam diri mereka.

“Program ini dilancarkan kerana saya sedar bahawa sekiranya tiada sumber lain, sukar buat para peserta ini yang terdiri daripada imam masjid dan ketua kampung untuk mengumpul dana secukupnya bagi perbelanjaan ke Tanah Suci.”
haji mdb1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sempat mengimamkan jemaah berkenaan yang turut disertai Perdana Menteri, di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam blog itu juga, Najib turut mencatatkan:

Salah seorang daripada peserta program khas Haji tahun ini adalah Ustaz Fuad Ebnu Ali bin Mohd Ali yang berasal dari Melaka. Beliau salah seorang tenaga pengajar di Pondok ar-Rabbaniah, Batu Gajah, Merlimau yang tanpa lelah menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar, mendidik mereka menjadi umat Islam yang sempurna.

Encik Zainon bin Ramli pula seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan juga menyandang jawatan pengerusi JKKK selama 3 tahun. Giliran beliau sekiranya mengikut daftar Haji adalah pada tahun
Manakala saudara Abdil bin Musihi pula bertugas sebagai imam masjid di Kota Belud, Sabah. Sekiranya mengikut daftar Haji beliau perlu menunggu 58 tahun lagi pada tahun 2074 untuk giliran beliau ke Tanah Suci.

Alhamdulillah melalui program khas Haji tajaan Yayasan 1MDB ini, mereka bertiga serta ramai lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan lebih cepat dan juga dengan dibiayai.

Insya-Allah, kerajaan akan terus menegakkan agenda Islam berlandaskan Maqasid Syariah melalui program-program seperti program khas Haji ini, semoga lebih ramai umat Islam dapat beroleh manfaat daripadanya.

Saya doakan semua bakal tetamu Allah ini beroleh Haji mabrur, dan pesan saya jika ada kesempatan di Tanah Suci kelak, doakanlah kesejahteraan negara yang kita cintai ini, mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memelihara Malaysia dalam kedamaian dan keharmonian, Insya-Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s