Malaysia Destinasi Pelancongan Islam Paling Popular

ALOR GAJAH 26 Julai – Kajian sebuah portal pelancongan Islam, CrescentRating pada tahun lepas menunjukkan Malaysia kekal di tempat pertama destinasi pelancongan Islam paling popular dalam kalangan pelancong Islam di dunia.
masjid putra1
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, berdasarkan kajian berkenaan, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan destinasi pelancongan Islam popular selama enam tahun berturut-turut.

Katanya, banyak faktor menyebabkan Malaysia dikenali dan gemar dikunjungi pelancong pelbagai negara termasuk negara bukan Islam antaranya perkhidmatan mesra muslim seperti surau, sejadah dan tanda arah kiblat di hotel serta tempat awam.

“Mereka juga mudah mendapatkan makanan halal yang diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polisi visa yang dilaksanakan kerajaan kita lebih mesra terutama untuk pelancong dari negara Islam.

“Selain itu, faktor hubungan pesawat dari negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mempunyai penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga merupakan faktor Malaysia gemar dikunjungi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Pelancongan Islam di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam MOTAC Zulkifly Md. Said; Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia negeri, Jeffri Munir; Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Amirul Ariffin Md. Nasir dan Naib Canselor KUIM, Prof Dr. Mohd. Taib Dora.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, promosi pemasaran yang giat dilaksanakan di negara Islam di Asia Barat juga secara tidak langsung menarik minat pelancong Islam berkunjung ke Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, pelancong dari Arab Saudi merupakan pelancong yang berbelanja tinggi ketika di negara ini dengan perbelanjaan RM9,459 perkapita diikuti Kuwait (RM8,490), Oman (RM7,900), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) (RM7,390) dan Iran (RM5,880).

“Berdasarkan situasi ini, kedatangan pelancong Islam di negara ini disasarkan meningkat kepada purata 5.5 juta setahun pada masa akan datang berbanding purata 5.2 juta pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata, sasaran tersebut dijangka dapat dicapai menerusi sektor pelancongan masjid yang baharu diwujudkan sebagai satu daripada produk pelancongan di negara ini.

Katanya, menerusi sektor baharu ini, pelancong Islam dan bukan Islam dibenar melakukan lawatan ke masjid di negara ini untuk melihat reka bentuk, seni bina, nilai sejarah, tempat wuduk dan ruang solat. – BERNAMA/Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s