Kilang Proses Ayam Segar Guna Logo Halal Tak Diiktiraf

BALIK PULAU: Kilang memproses, membekal dan mengedar ayam segar disaman selepas didapati menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf dalam serbuan di Batu Maung di sini, semalam.

PENANG 27 JULY 2016. Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) Negeri membuat serbuan di sebuah kilang pemprosesan ayam segar selepas mendapati kilang tersebut menyalahgunakan logo halal di Batu Maung, semalam. STR/ZULAIKHA ZAINUZMAN
Serbuan 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Mohd Nasir Mohamed.

Serbuan turut disertai pegawai penguatkuasa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Veterinar Negeri.

Mohd Nasir berkata, dalam serbuan itu, kilang terbabit didapati mempamerkan logo halal tidak diiktiraf di papan tanda dan juga beberapa tempat lain.

Menurutnta, pemilik kilang berkenaan juga didapati menjalankan aktiviti penyembelihan selain memperolehi bekalan ayam dari pihak luar.

“Tindakan turut diambil Bahagian Perlesenan MBPP apabila kilang berkenaan disaman selepas didapati kotor, tidak memiliki lesen dan menggunakan peralatan berkarat.

“MBPP mengeluarkan saman serta kompoun bernilai RM800 terhadap pemilik kilang berkenaan selain akan menyiasat bekalan ayam Itu diperolehi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s