Dzulkifli Ketua Pesuruhjaya SPRM?

KUALA LUMPUR 28 Julai – Ketua Pe­ngarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Datuk Dzulkifli Ahmad (gambar) dijangka dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
dzul sprm
Difahamkan, keputusan untuk melantik beliau telah dibuat berkuat kuasa 1 Ogos ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pelantikan itu berikutan penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah menamatkan tempoh kontraknya pada tarikh berkenaan (1 Ogos).

Abu Kassim juga telah menerima tawaran daripada International Anti Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah pertama di dunia.

Khabar angin mengenai Dzulkifli bakal menerajui SPRM telah menjadi buah mulut termasuk dalam kalangan warga SPRM dan media baru-baru ini.

Selain Dzulkifli turut disebut-sebut untuk menduduki kerusi Pesuruhjaya SPRM ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Bagaimanapun Noor Rashid yang dihubungi Utusan Malaysia semalam me­nafikan khabar angin itu dan memberitahu tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s