Haji: Patuhi Segala Arahan Keselamatan Baru

MADINAH: Lembaga Tabung Haji (TH) berpuas hati dan yakin dengan langkah keselamatan yang telah diambil kerajaan Arab Saudi bagi membendung insiden yang tidak diingini sepanjang musim haji tahun ini.

makkah
Naib Konsul Haji Malaysia Mohd Zawawi Bostam berkata ia berikutan beberapa langkah mengetatkan kawalan keselamatan yang dilakukan di tempat strategik termasuk di hotel penginapan.

“Saya berasa yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil itu dan kita dapat lihat mereka telah menempatkan anggota polis di sekitar masjid dan juga tempat strategik.

“Pihak hotel juga telah memaklumkan mereka telah menyediakan alat pengimbas keselamatan di pintu masuk bagi tujuan yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Hal-Ehwal Jemaah Haji Malaysia di sini, Sabtu.

Pada 4 Julai lalu, empat dilaporkan maut manakala lima lagi cedera dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di sini.

Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam letupan berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Mohd Zawawi yang juga Pengarah Operasi Madinah berkata pihak hotel juga telah menyediakan beberapa langkah keselamatan lain dan sebarang perkembangan, TH akan memaklumkannya kepada jemaah haji nanti.

“Soal keselamatan adalah perkara kritikal di Arab Saudi dan kami ingin menasihati para jemaah agar jangan mencampuri soal keselamatan ini dan juga tidak membawa unsur-unsur berpolitik,” katanya.

Sementara itu, TH juga kini sudah bersiap sedia menerima kedatangan seramai 22,320 jemaah haji Malaysia musim ini dengan membuat beberapa penambahbaikan untuk keselesaan jemaah.

“Antara penambahbaikan itu adalah menggunakan bas yang lebih selesa dan langkah membawa bagasi para jemaah dengan lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata selain itu petugas TH juga telah bersiap sedia untuk memberikan khidmat sokongan kepada jemaah iaitu khidmat kesihatan, pengeluaran wang, kaunseling dan khidmat pelanggan.

“Kini seramai 70 peratus petugas TH di Madinah telah sampai dan sebahagian besar menggunakan khidmat petugas yang berpengalaman,” katanya.

Mohd Zawawi turut menasihati jemaah agar mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan cuaca panas yang dijangka melebihi 40 darjah Celcius bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan.

Beliau juga turut menasihati agar para jemaah menumpukan sepenuhnya dalam soal menunaikan haji dan tidak terbabit dalam perkara yang boleh melanggar undang-undang Arab Saudi.

Pada musim haji ini seramai 11,796 jemaah akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah manakala bakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa King AbdulAziz di Jeddah.

Ia membabitkan sebanyak 47 penerbangan iaitu 25 penerbangan ke Madinah dan bakinya ke Jeddah. – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s