Selangor Dah Jadi Negeri Sampah

SUBANG: Kelemahan pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor adalah punca utama kemerosotan kualiti kebersihan di negeri itu, kata Tan Sri Noh Omar hari ini.
sampah selangor
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang menyifatkan pakatan itu sebagai ‘pakatan cacamarba’ berkata, Selangor adalah antara negeri yang paling banyak sampah tidak dikutip, sekali gus merekodkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia.

“Punca berlakunya masalah ini adalah kerana kerajaan Selangor menolak pemakaian Akta 672 di mana mengikut akta itu, kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM2.2 billion setahun untuk membersihkan sampah-sarap.

“Bagaimanapun, peruntukan itu hanya diberikan kepada negeri yang menerima pakai akta tersebut dan Selangor tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keluarga Bahagia 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield di sini.

Akta 672 merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, bertujuan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara yang bersampingan dengannya. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s