Malaysia Ambil Alih Kerusi Presiden Majlis Keselamatan PBB

pbb
PUTRAJAYA: Malaysia menduduki kerusi Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos 2016 berkuat kuasa 1 Ogos.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata ini kali kedua Malaysia menjadi Presiden Majlis Keselamatan sejak dipilih menjadi anggota tidak tetap bagi penggal 2015-2016.

Sewaktu tempoh menjadi presiden, Wisma Putra berkata Malaysia bercadang mengadakan Debat Terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata (CAAC) pada 2 Ogos.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon akan mengambil bahagian dalam Debat Terbuka itu bagi membentangkan laporan tahunannya berkaitan perlanggaran hak kanak-kanak dalam keadaan konflik bersenjata, katanya.

Pada Debat Terbuka itu, anggota PBB dijangka memberi penerangan mengenai pencapaian dalam meningkatkan perlindungan kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan cara menangani cabaran yang berterusan, termasuk pelanggaran hak kanak-kanak oleh kumpulan bersenjata bukan anggota, katanya.
– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s