Perdana Menteri Minta Jemaah Haji Jaga Imej Malaysia

pm haji
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga imej negara yang saban tahun mendapat pujian daripada pemimpin dunia khususnya kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri berharap prestasi atau imej jemaah haji Malaysia dipertahankan dengan mengelak melakukan sebarang perkara yang boleh mencemar nama baik negara.

“Setiap kali saya bertemu dengan Raja Arab Saudi, pemimpin itu tidak pernah tidak memuji amalan tingkah laku jemaah haji dari Malaysia yang disifatkan sangat baik dan berdisiplin. “Dua hari lalu, ketika saya bertemu Timbalan Perdana Menteri Jordan di WIEF (Forum Ekonomi Islam Sedunia), Jakarta, perkara sama juga disebut oleh beliau bahawa jemaah haji dari Malaysia menunjukkan teladan yang amat baik sekali.

“Oleh itu, elakkan daripada melakukan apa-apa perkara yang boleh mencemar nama baik Malaysia atau boleh membawa kesan yang tidak baik dari segi amalan ibadat,” katanya.
pm haji1
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Baitullahhilharam Musim Haji 1437H di Dewan Melawati Tabung Haji (TH) Hotel Kelana Jaya, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.

Pada musim haji tahun ini, seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah haji. – Sumber: Berita Harian

pm haji2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s