Perzinaan Bawah Umur – Syariah Atau Kanun Keseksaan ?

KISAH seorang pemuda berusia 22 tahun bercinta dan kemudian terlanjur dengan seorang remaja berusia 14 tahun telah menjadi isu konflik undang-undang.
mahkamah
Dalam undang-undang Malaysia, dan negara lain juga, perselingkuhan itu ditakrifkan sebagai rogol kerana remaja itu berusia kurang daripada 16 tahun.

Dia melakukan perbuatan itu bukan atas kesedaran dan mahu bertanggungjawab, tetapi atas pujuk rayu lelaki berkenaan, sehingga berlakulah kemesraan luar daripada biasa.

Hukuman Rogol boleh dikenakan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman 30 tahun penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bila laporan polis dibuat, polis akan menyiasat kerana berlaku hubungan intim bawah 16 tahun.

Dan, dalam kes di atas memang mangsa membuat laporan polis.

Tetapi, perkara berlaku sudah berlaku. Jika ditunggu perbicaraan yang selalunya memakan masa lama, maka pelbagai masalah lain pula timbul.

Ini bukan sahaja membabitkan undang-undang, tetapijuga perasaan, emosi dan rasaan cinta yang semakin dewasa.

Kemudiannya mangsa dan ibu bapa menarik balik laporan, mahkamah tentu terpaksa menarik balik pendakwaan. Siapa yang jadi saksi utama jika mangsa enggan ?

Tanpa mengetahui latar belakang, mangsa dan ibu bapa kemudian bersetuju untuk kahwinkan.

Mereka pergi ke mahkamah syariah untuk memohon perkahwinan bawah umur, yang biasa alasanya – tidak mahu hubungan cinta berakhir dengan maksiat.

Hakim Syarie melihat niat murni dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa berkenaan, lalu membenarkan.

Jika mereka melaporkan pernah berzina, tentu sekali mahkamah syariah tak membenarkan, malah boleh menjatuhi hukuman persetubuhan luar nikah.

Aktivis sosial berfikiran liberal denbgan tangkasnya menyalahkan mahkamah syariah kerana kononnya melindungi perogol.
rogol
Dilema inilah mengajak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membuat intervensi sebelum kelulusan diberikan kepada mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan merogol daripada mengahwini mangsa bawah umur, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Merujuk kepada kes seorang lelaki 22 tahun yang digugurkan daripada tuduhan rogol selepas mengahwini mangsanya yang berusia 14 tahun, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu jenayah yang harus dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, Reuters melaporkan seorang lelaki yang melakukan rogol statutori terhadap remaja berumur 14 tahun di Sarawak pada tahun lepas, terlepas hukuman penjara selepas mengahwini mangsanya.

Ini bermakna kes ini bukan sahaja menjadi perbincangan di peringkat Malaysia, malah telah tersebar di segenap penjuru alam.

Siapa yang patut disalahkan?

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s