Neelofa Tunai Haji 5 September

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Neelofa bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.

lofa sekeluarga
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata, dia akan berada di tanah suci Mekah selama 15 hari dan dijangka pulang pada 20 September depan.

“Alhamdulillah, perasaan saya sangat gembira dan teruja selepas mendapat tarikh untuk menunaikan ibadah ini bersama ibu dan bapa.

“Setakat ini saya harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan, tapi kita tidak tahu bagaimana perancangan Allah, InsyaAllah semua dipermudahkan,” ujarnya.

Neelofa ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di DeGouffron, di sini, Sabtu.

Sementara itu Neelofa berkata, dia turut memasang niat untuk berdoa agar dipertemukan jodoh dan beberapa perkara lain dalam kehidupannya.

“Sudah tentu hendak ke Mekah kita pasang niat untuk berdoa macam-macam dan salah satunya sudah pasti dipertemukan jodoh yang baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Dollah Superstar ini berkata, dia masih bekerja dan akan meneruskan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot sehingga 4 September. – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s