Asean Perlu Berpakat Perangi Abu Sayaf dan Daesh

KUALA LUMPUR – “Asean harus bersatu memerangi Abu Sayyaf dan Daesh memandangkan kumpulan militan itu kini menjadi ancaman di rantau ini,” kata seorang pakar mengenai keganasan Prof Madya Dr Aruna Gopinath.

daesh
Prof Madya Dr Aruna Gopinath, pegawai Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, wujud keperluan bagi Asean untuk sebulat suara memutuskan tindakan yang harus diambil terhadap kumpulan militan, terutama Abu Sayyaf, yang diiktiraf Daesh sebagai ‘khalifah di rantau ini’.

Asean juga harus membuat keputusan sama ada terdapat keperluan untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap kumpulan pengganas Filipina itu, katanya kepada Bernama.

“Kita percaya dengan dasar tidak campur tangan Asean tetapi kini ia adalah suatu ancaman kerana Abu Sayyaf bukan hanya menyerang Malaysia. Ia bergerak ke mana-mana sahaja dari Thailand ke Singapura, dan kita tidak tahu apakah langkah mereka seterusnya,” katanya.

Menyentuh mengenai dasar tidak campur tangan Asean, Aruna berkata, rundingan hanya boleh diadakan apabila ‘anda berupaya bercakap dengan seseorang tetapi jika diplomasi itu gagal, amaran terakhir adalah perang’. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s