Jangan Politikkan Pindaan Akta 355 – Pemuda Pas Selangor

SHAH ALAM – Pemuda Pas Selangor mengingatkan semua wakil rakyat dari parti-parti politik di negara ini agar tidak mempolitikkan perihal Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mei lalu.

Pengarah Task Force RUU 355, Hanafi Zulkapli berkata, perkara itu perlu dielakkan supaya hasrat umat Islam dalam usaha menaik taraf kuasa mahkamah syariah tidak tergadai.

Sehubungan itu, menurutnya, Task Force RUU 355 Pemuda Pas Selangor ditubuhkan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti mengajak rakyat khususnya negeri Selangor mendapat maklumat tepat berkaitan dengan usaha murni ini.

“Kami juga mengharapkan anak muda dan seluruh rakyat Selangor mengambil peluang yang ada untuk mendapat maklumat berkaitan daripada sumber yang tepat.

“Perkara ini mampu menjadikan rakyat boleh menilai sesuatu dengan sendiri sama ada untuk menerima atau menolak melalui fakta bukan berbentuk persepsi semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Sidang Dewan Rakyat Oktober ini menjadi tumpuan susulan dijangka Abdul Hadi akan membuat bacaan kedua setelah berjaya membawa RUU 355 tersebut pada sidang lepas.
sokong 355
Dalam pada itu, Hanafi berkata, susulan kejayaan membuat bacaan pertama di Dewan Rakyat, ia sekali gus membuka ruang kepada semua entiti kerajaan, NGO, persatuan, orang Islam dan bukan Islam berdialog yang boleh membawa kepada kefahaman dalam memahami tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

“Kita dapati kini semua pihak yang telah memulakan langkah berani untuk berbicara dan berbincang secara terbuka dalam forum, dialog, wacana yang melibatkan wakil kerajaan dan pembangkang.

“Kita dapat lihat para ilmuan dan juga pengamal undang mula membuka mulut dan minda mencambahkan idea dalam membantu usaha murni ini,” katanya.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s