Kekuatan Islam dan Kebahagian Manusia Bila Dalami Quran – Mufti Wilayah

SHAH ALAM – Pelaksanaan World #QuranHour dilihat sebagai usaha terbaik mengajak umat Islam di seluruh dunia membaca al-Quran, memahaminya, bertadabur, menghayatinya dan mengamalkannya.

mufti sinar
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penganjuran World #QuranHour yang bakal diadakan pada 9 Zulhijjah ini bertepatan dengan pemilihan tempat dan waktu iaitu ketika umat Islam sedang berhimpun di Arafah.

“Dan, kita tidak membiarkan masa itu, selain mengisinya dengan membaca kalam ALLAH, memahami serta bertadabur. Jika ini dilakukan, sudah tentu ia memberi petanda yang cukup baik kerana al-Quran itu sebagai petunjuk kepada manusia.

“Justeru, dengan adanya sambutan yang baik ini, sekurang-kurangnya manusia boleh menyentuh, memegang dan melihat kalimah al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, Aisyah RA mengatakan al-Quran sebagai akhlak Rasulullah SAW, yang menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan.

“Jadi, benarlah al-Quran sebagai pedoman, jadi selayaknya kita menyokong usaha seperti ini kerana ia dilaksanakan pada waktu cukup baik, di mana kita boleh bermunajat kepada ALLAH, menempatkan diri di dalam tempat ibadah dan digabungkan dengan amalan berpuasa sunat.

“Dengan cara ini al-Quran akan membawa kebahagiaan hidup kerana ia disifatkan sebagai hidangan ALLAH di muka bumi,” katanya yang mengajak segenap lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara untuk turut menyertai program berkenaan.

Sementara itu, Zulkifli menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa program tersebut sebagai bidaah.

Katanya, dakwaan itu kurang sesuai dan tidak wajar.

“Apa yang kita buat ini, matlamatnya adalah untuk membaca al-Quran, jadi ia dianggap sebagai perkara yang baik.

“Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, sesiapa yang melakukan satu sunnah yang baik, maksudnya dengan cara yang baik iaitu dengan mendekatkan manusia dengan Tuhannya, maka baginya dia mendapat pahala dan bagi orang yang mengikutinya juga mendapat pahala,” katanya. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s