Mahkamah Rayuan Benarkan Tukar Nama Dan Jantina

MAHKAMAH Rayuan negara ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meluluskan permohonan penukaran nama dan jantina seorang wanita kepada lelaki dalam Mykad baru-baru ini.

lgbt
Peguam William Lim dan Muhammad Izzat Md Jonid yang mewakili plaintif yang tidak membenarkan namanya disiar, telah bertungkus-lumus mempertahankan permohonan untuk mengiktiraf anak guam mereka itu sebagai transgender.

Akhirnya, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah memutuskan untuk berpihak kepada plaintif berkenaan.

Plaintif, yang dilahirkan sebagai perempuan, telah menerima pengesahan bahawa jantina dia kini sah sebagai seorang lelaki.

Hakim S. Nantha Balan telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama dan digit terakhir dalam MyKad untuk menunjukkan gender baharunya.

“Plaintif ada hak dalam perlembagaan di bawah Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk hidup dengan maruah sebagai lelaki dan diberikan hak sebagai lelaki,” katanya dalam dokumen setebal 41 muka surat yang dikeluarkan tiga minggu selepas itu.

Peguam yang mewakili plaintif mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa JPN telah memfailkan notis untuk mencabar keputusan mahkamah rayuan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s