Tindakan Pantas Indonesia Elak Jerebu Rentas Sempadan Berulang

<strong>PUTRAJAYA 25 Ogos: Tindakan pantas pihak berkuasa Indonesia memadam kebakaran hutan sebelum merebak berjaya menangani masalah jerebu rentas sempadan daripada berulang pada tahun ini.
</strong>
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia turut mencegah kebakaran hutan.
<a href=”https://penyusakti.files.wordpress.com/2016/08/joko-najib.jpg”><img src=”https://penyusakti.files.wordpress.com/2016/08/joko-najib.jpg?w=300&#8243; alt=”joko najib” width=”300″ height=”163″ class=”alignnone size-medium wp-image-6311″ /></a>
Beliau berkata, Presiden Indonesia, Joko Widodo serta Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Baka telah berjanji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung usaha mereka menangani kebakaran hutan dan jerebu.

“Indonesia telah berpegang kepada janjinya. Harap keadaan ini berterusan sehingga Oktober apabila angin bertukar (dari Barat Daya kepada Timur Laut). Sebulan saja lagi, diharapkan keadaan tidak bertambah buruk,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 12 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan 35 kawasan baik sehingga 1 tengah hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, berbahaya.

Tahun lalu, kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu rentas sempadan yang serius melanda negara ini. Jerebu yang dibawa angin Monsun Barat Daya itu memburukkan keadaan di negara ini. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s