Pindaan Akta 164 Langkah Penyelesaian Harmoni Suami Isteri – Jamil Khir

YAN, 27 Ogos: Pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) disifatkan sebagai langkah penyelesaian yang harmoni bagi pasangan suami isteri berhubung pertikaian yang wujud selepas seorang daripada mereka memeluk Islam.

jamil1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, akta tersebut akan memberi garis panduan bagi kes perkahwinan yang sudah terbubar mengikut hukum Islam namun masih terikat mengikut undang-undang sivil.

“Pindaan ini akan memberi garis panduan, penyelesaian yang harmonis kepada kedua-dua pihak. Kalau pernikahan itu tidak terbubar dalam konteks ikatan sivil, akan menyebabkan soal pembahagian harta sepencarian tidak boleh dibahagi, nafkah tidak boleh diputuskan dan sebagainya.

“Akta 164 bukan di Mahkamah Syariah tetapi sebagai satu penyelesaian terhadap masalah ini memandangkan dalam Islam perkahwinan itu terbubar dalam konteks hukum namun mereka masih kekal pasangan suami isteri dari segi undang-undang sivil,” katanya pada majlis Konvoi Merdeka dan perasmian Surau Aliza Al-Khir di Kampung Ulu Sedaka di sini hari ini.
jamil2
Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Kabinet untuk membuat pindaan ke atas Akta 164 yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam, dengan segera berpandukan tiga prinsip utama.

Jamil Khir berkata, pertikaian itu berlarutan sejak sekian lama dan ia menimbulkan satu pertembungan kerana salah seorang yang memeluk Islam, berdasarkan undang-undang Inggeris yang digunakan dalam Mahkamah Sivil, tidak berhak menuntut penceraian.

“Ini menyebabkan seolah-olah berlaku pertembungan dan membawa perselisihan. Jadi Akta 164 adalah penyelesaian, bahkan perdana menteri telah menyatakan tiga garis panduan sebagai tanda aras dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s