Azim Jadi Pendiam – Ibu Mangsa

PUTRAJAYA 29 AUGUST 2016. Ibu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), Putrajaya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, Zalina Kamis,53, (kanan) kelihatan sedih apabila anaknya  maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL
PUTRAJAYA 29 AUGUST 2016. Ibu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), Putrajaya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, Zalina Kamis,53, (kanan) kelihatan sedih apabila anaknya maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

PUTRAJAYA: Ibu kepada pelajar yang maut akibat terjatuh dari tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9(2), Zalina Khamis, berkata sejak beberapa hari lalu, anaknya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, banyak mendiamkan diri.

Beliau berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu juga sempat mengulang kaji pelajarannya bersama rakan kerana akan mengambil peperiksaan PT3 tidak lama lagi.

“Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

“Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Azim maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah itu kerana dikatakan gagal mengimbangi badannya ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang terjatuh di koridor berdekatan kelasnya pada jam 9.40 pagi tadi.

Jenazah Azim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20, di sini.

Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. “Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BH Online
jatuh sedih

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s