Generasi Muda Bumiputera Di Selangor Kecewa Dengan Kerajaan Negeri

mansuh

KUALA SELANGOR – Pemansuhan diskaun 10 peratus Bumiputera boleh menjejaskan harapan generasi muda Bumiputera memiliki rumah dan hartanah di Selangor.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, pengumuman pemansuhan itu jelas berbentuk satu penindasan buat golongan Bumiputera di Selangor.

Menurutnya, pemansuhan ini secara jelas akan menjejaskan peluang Bumiputera memiliki hartanah melibatkan pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO).

“Jika pemansuhan ini dilaksanakan, ia akan menjadikan pemilikan hartanah antara kaum di Selangor tidak seimbang dan seterusnya melebarkan jurang ekonomi antara kaum.

“Perkara seperti ini perlu diambil perhatian, pemansuhan diskaun hanya akan mengakibatkan pemilikan hartanah Bumiputera akan terus ketinggalan dan tidak boleh menandingi kaum lain,” katanya.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, pemansuhan ini juga akan menyekat usahawan Bumiputera berniaga di lokasi strategik di pusat bandar.

“Walaupun undang-undang memperuntukkan bidang kuasa hartanah di bawah kerajaan negeri, namun sebagai kerajaan memerintah, setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira kedudukan khas Bumiputera.

“Keistimewaan ini seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bahkan tindakan sebegini jelas mencerminkan kerajaan negeri tidak peka dan prihatin terhadap golongan Bumiputera.

“Sekalipun kerajaan negeri berhasrat membantu pemilikan rumah kepada golongan yang tidak mampu merentasi kaum dan agama, namun tindakan memansuhkan 10 peratus kepada Bumiputera adalah satu perkara yang tidak perlu disentuh langsung dari peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyokong kaum Bumiputera untuk memiliki hartanah dan tidak menindas mereka dengan cara begini.

“Kerajaan negeri perlu mencontohi kerajaan persekutuan yang sentiasa hadir dengan inisiatif membantu semua kaum untuk memiliki rumah tanpa menafikan kepentingan pemilikan hartanah Bumiputera,” katanya selepas hadir merasmikan Seminar Latihan Peningkatan Profesional Guru-Guru Parlimen Kuala Selangor: Perlembagaan Malaysia dan Cabarannya di Dewan Kompleks Umno Kuala Selangor.

irmo

Dalam program itu, golongan pendidik bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor turut menyuarakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah. – Sinar Harian, 1 September 2016

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: