Kurikulum Persediaan Ke Azhar dan Asia Barat Diwujudkan Semula – TPM

GURUN: Kerajaan akan wujudkan semula kurikulum khusus untuk memudahkan pelajar sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama swasta di negara ini, melanjutkan pengajian ke Asia Barat khususnya di Universiti Al-Azhar.
zahid1
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata untuk itu satu jawatankuasa khusus dipengerusikan beliau sendiri akan diwujudkan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan usaha itu tercapai.

“Kita sudah ada acuan untuk ini sebelum ini, namun ia dimansuhkan sudah lebih 10 tahun lalu…jadi kita akan wujudkan kembali sistem ini untuk pastikan soal penghantaran pelajar (ke universiti di Asia Barat) lebih mudah dan tidak membebankan.

“Saya akan arahkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk duduk semeja dengan Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi untuk memperhalusi perkara ini, sebelum ia dimajukan kepada pihak universiti (di Asia Barat) untuk pelaksanaan.

“Saya kira kita tak akan ada masalah sebab kita dah ada acuannya…InsyaAllah kita percaya ia boleh dilakukan untuk pengambilan seterusnya semester tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Bahagian Jerai di sini, hari ini.
zahid3
Ahmad Zahid turut menyatakan komitmen kerajaan untuk melaksanakan empat perkara dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini.

Katanya, empat komitmen itu ialah keseriusan kerajaan menangani perbezaan pendapat, menjalankan agenda kesederhanaan, serius menangani keganasan melaksanakan agenda Islam yang secara tidak langsung membantu dalam menghapuskan skema Islamophobia.

– Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s