Sultan Selangor Selamat Diijab Kabul Dengan Pembaca Berita RTM

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman kelmarin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda selamat diijabkabulkan dengan Norashikin, 45, oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

 Beliau berkata, majlis pernikahan selamat disempurnakan pagi kelmarin.

“Majlis pernikahan ini diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Sallehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norashikin yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Sebelum ini beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Ini adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. – Harian Metro

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s