Pecah amanah: Dua ‘bos’ Bank Rakyat Dihadapkan Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dan Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini masing-masing atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana berjumlah hampir RM15 juta, enam bulan lalu.

image

Mustafha dan Abdul Aziz  bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mardhiah Hasbullah.

Berdasarkan pertuduhan Mustafha, 48, didakwa pecah amanah ke atas Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat, No 33 Jalan Travers 11 Mac 2016.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Abdul Aziz, 65, pula didakwa bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan tersebut pada tarikh dan tempat yang sama.

Dakwaan ke atas Abdul Aziz dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Kesekaan (akta 574) dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud bertindak bagi pihak pendakwaan manakala Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Mustafha dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakli Abdul Aziz. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s