Cuepacs Menolak Cadangan Bekerja Enam Jam

GEORGE TOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.
azihmuda
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.

“Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota Kemas di sini, Ahad.

Idea waktu bekerja selama enam jam sehari dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Azih juga berkata beliau khuatir jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal.

“Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan jugha berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata, Cuspacs juga berharap Kementerian Kewangan akan memansuhkan kontrak jangka pendek kerana ia menindas pekerja kerana mereka tidak layak untuk menikmati faedah seperti caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP).

Azih berkata Cuepacs telah menerima banyak aduan daripada pekerja dan berpendapat bahawa ia tidak adil untuk mereka.

Kami berharap kontrak pekerja ditandatangani untuk minimum dua tahun dan ke atas bagi memastikan kebajikan mereka dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kira pandangan ini semasa pembentangan bajet akan datang, katanya.

Najib dijadual membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober dan meminta orang awam termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik untuk mengemukakan cadangan untuk bajet. – mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s