DAP Ugut Nak Buat Pilihan Raya Mengejut Di Selangor

Kerajaan Selangor digesa menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini bagi mangelak berlakunya peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
lksnew
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai langkah untuk memberi peluang kepada Umno kembali berkuasa di negeri ini.

“Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 2013 dan berharap untuk menawan semula Selangor setelah gagal dalam pilihan raya ke-12 dan ke-13.

“Ini mahu dilakukan dengan pelanggaran secara terang-terangan prinsip demokrasi ‘satu orang, satu undi’ menerusi persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng turut berhasrat mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu bagi mengetahui sikap rakyat berhubung tuduhan rasuah yang dihadapinya.

Walau bagaimanapun hasrat berkenaan gagal dilaksanakan.

Selain itu, menurut veteran politik berkenaan, persempadanan semula kawasan pilihan raya juga mempunyai beberapa tujuan termasuk untuk mengembalikan majoriti dua per tiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

“Ia juga untuk menghapuskan personaliti individu tertentu terutamanya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar,” katanya. – mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s