Akhirnya, Pial Khadilla Mengaku Salah

VIRAL pada 20 September 2016 mengenai luahan seorang wanita bernama PIAL KHADILLA ABDULLAH yang mendakwa kes cerainya mengambil masa 6 tahun untuk diselesaikan oleh mahkamah syariah berjaya mendapat simpati umum.
pial
Namun simpati itu tidak bertahan lama setelah fakta sebenar kes perceraiannya telah didedahkan oleh page SAHABAT MAHKAMAH SYARIAH pada 21 September 2016.

Persoalan apa yang berlaku sepanjang 6 tahun itu telah dijawab dengan kronologi yang lengkap.

Pada awalnya Pial menyalahkan sistem perundangan syariah di negara ini sebagai punca kelewatan penyelesaian kes beliau, tetapi selepas itu, beliau mengaku bahawa kelewatan kesnya berpunca dari ketidakprihatinan peguam yang beliau lantik serta kesilapan beliau memfailkan kes tuntutan cerai.

Dua punca inilah yang membazirkan masa beliau selama 5 tahun di mahkamah syariah. Kesilapan ini bukan sahaja membazirkan masa beliau, malah turut membazirkan masa mahkamah yang mendengar kesnya.

Namun begitu, walaupun fakta sebenar telah didedahkan, beliau mengalih tumpuan pemain media sosial kepada isu sistem mahkamah syariah yang kononnya lebih berpihak kepada kaum lelaki.

Maka muncul lah para pejuang kebebasan hak asasi yang menangguk di air keruh dan berlagak seperti hero.

Hakikat sebenar yang perlu difahami, ramai pemerhati sosial berpendapat, isu ini sebagai salah satu teknik pemasaran yang sering kali digunakan oleh artis-artis di Malaysia iaitu sengaja mencipta kontroversi untuk kekal popular.

Di kalangan selebriti di negara ini kadang-kala sengaja membuat kontroversi seperti membuka dan menutup hijab sesuka hati, kadang-kala memakai pakaian seksi untuk menarik lensa kamera dan sebahagiannya suka menggunakan kata-kata yang boleh melariskan nama atau produknya secara mendadak.

Pial yang juga usahawanita dikatakan sudah pasti menggunakan isu ini untuk menjadikan dirinya terkenal dan meraih simpati orang awam.

Mudah-mudahan perniagaannya akan dikenali ramai dan mencatat jualan memberangsangkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s