Kerajaan Beri Komitmen Bantu Laksana 5 Resolusi Ekonomi MPI – TPM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membantu dalam melaksanakan lima resolusi yang diputuskan dalam Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
multaqa2
Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dalam Hal-Ehwal Islam, Mejer Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom ditugaskan untuk memastikan pelaksanaan resolusi berkenaan.

“Bukan sahaja kerajaan dalam memastikan resolusi ini, bahkan juga semua pihak termasuk ulama’, ilmuan, usahawan dan semua penggerak dalam menjayakan resolusi ini.

“Buangkan perbezaan dan perbalahan hal-hal yang remeh-tameh seperti bergaduh sama ada seorang memakai songkok lebih islamik atau tidak tetapi bersatu fikrah dalam menjayakan sesuatu perancangan,” katanya ketika menutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di PICC, semalam. .
multaqa3
Turut hadir Jamil Khir, Timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Penmgerusi Kluster Ekonomi MPI, Tasn Sri Muhamad Ali Hashim.

Lima resolusi yang diputuskan oleh kluster ekonomi ialah:

* Wakaf Korporat Nasional
* GLC Sebagai Institusi Korporat Amanah
* Profesion Audit Halal Global
* Infaq Sebagai Sistem Kewangan Alternatif
* Gagasan Sunnah Nusantara: E-Dagang Patuh Syariah
multaqa
Dr Zahid berkata, walaupun tidak boleh dilaksanakan serta merta semua resolusi berkenaan, tetapi ia mesti dilaksanakan seperti untuk mendaki satu gunung yang tinggi ia mesti bermula daripada kaki gunung sehinggalah sampai ke puncak.

“Saya akan pastikan resolusi ini tidak tinggal secara resolusi semata-mata seperti seminar lain, ia mesti dijelmakan dalam realiti,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s