Pindaan RUU 355 tidak harus dipolemikkan

KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini tidak harus dipolemikkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
asyraf
Beliau berkata ini adalah masa yang terbaik untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah itu selepas 32 tahun Akta itu tidak dipinda.

“Usaha untuk memberikan pencerahan itu nampak semakin positif…rakyat semakin memahami. Isu ini sebenarnya mudah iaitu untuk menaikkan taraf mahkamah Syariah (dengan Akta) yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata penerangan mengenai RUU 355 itu telah dijalankan supaya ia lebih difahami oleh orang ramai dan dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.

Pada 26 Mei lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355), di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi berkata umat Islam tanpa mengira ideologi parti politik harus sama yang bukan sahaja bersatu tetapi nampak bersatu.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah maal hijrah peringakat Wilayah Persekutuan iaitu kepada Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin (kategori Tokoh Utama), Sharin Low Abdullah (kategori Korporat), Supt Ghazali Daud (kategori Pendakwah) dan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s