Kedah Juga Akan Keluar Senarai Penceramah Agama Haram

SINTOK: Kerajaan Kedah akan mengeluarkan senarai nama lebih 20 individu yang dilarang mengajar atau berceramah di negeri ini bagi mengekang fahaman yang menyeleweng daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, berkata nama individu itu sedang disenaraikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) bersama Jabatan Mufti Kedah yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

“Kalau kita tak ambil tindakan sama seperti di Johor, kita bimbang fahaman ini akan membenih di Kedah. Saya tak mahu sebut fahaman itu tapi apa yang kerajaan nampak sekarang ia semakin menjadi-jadi.

“Kita tak mahu rakyat kita terkeluar daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, nanti jadi pertelingkahan dengan menyebut amalan ini dan itu bidaah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Islam dan Kelestarian Ummah peringkat Serantau di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. Mohd Rawi berkata, pihaknya turut akan memantau kemasukan penceramah di negeri ini bagi memastikan hanya yang mempunyai tauliah sahaja dibenarkan mengajar atau berceramah.

“Paling kita bimbang adalah orang muda kerana mereka terdedah dengan media sosial seperti Facebook dan Youtube, hingga ada yang terpengaruh. Apabila berada bersama komuniti atau keluarga, mereka mempersoalkan amalan yang ada hingga boleh berlakunya persengketaan,” katanya. – Bharian

SINTOK 11 OCTOBER 2016. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (kanan) menerima cenderahati daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Dr. Abdul Malik Abdul Karim (kiri) selepas Majlis Perasmian Seminar Islam dan Kelestarian Ummah Peringkat Serantau (SIDKUN) 2016 di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM). NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s