Usul Undang-Undang Persendirian PAS Dibentang 4 November

Rang Undang-Undang Persendirian yang dikemukakan oleh PAS telah dimasukkan dalam senarai usul yang akan dibentangkan pada 4 November ini.
hadi-hokien
Usul yang diusahakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertujuan meminda Akta 1965 Mahkamah Syariah, dijangka mencetuskan perdebatan hangat apabila Parlimen bersidang pada minggu depan.

Sebelum ini, Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang tersebut pada hari terakhir sidang Parlimen pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan perbahasan berhubung usul tersebut sehingga Oktober.

Sejak itu, Abdul Hadi berulang kali memberi jaminan bahawa usul pindaan tersebut tidak bertujuan melaksanakan hukum hudud tetapi mahu meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah kecuali hukuman mati.

Beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan MIC menentang pindaan tersebut yang dikhuatiri akan membolehkan hukum hudud dilaksanakan.-mStar

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s