MCA Masih Berdegil Tidak Terima Pindaan RUU 355

RANG Undang-Undang (RUU) kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu pada sidang Parlimen yang akan bermula Isnin ini, berbanding usul RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
tiong-mca
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, atas semangat bermuafakat, semua pemimpin BN telah bersetuju semua senarai RUU kerajaan mesti dibawa dan dibahaskan terlebih dahulu kerana ia adalah urusan kerajaan manakala RUU Persendirian boleh dikemudiankan.

Beliau berkata demikian kepada Sin Chew Jit Poh ketika diminta mengulas mengenai usul persendirian meminda Akta 355 bagi meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa oleh Abdul Hadi ini diletakkan pada perkara keempat dalam agenda Kertas Perintah sidang Parlimen, Isnin ini.

Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong turut setuju dengan pandangan Tiong Lai, namun meminta masyarakat Cina jangan terlalu cepat panik kerana kemungkinan ia tidak dibentangkan di saat-saat akhir.

“RUU kerajaan biasanya boleh ditambah mengikut keperluan dan ia perlu dibincangkan terlebih dahulu daripada RUU Persendirian. Ini adalah amalan biasa yang dilakukan dalam sidang Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, RUU Persendirian yang dibawa Abdul Hadi itu memang diletakkan pada perkara keempat namun ia mungkin berlaku perubahan tanpa mengikut senarai yang dicatatkan pada Kertas Perintah.

Akhbar ini turut memetik kenyataan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang menjelaskan bahawa dua ahli parlimen dan seorang senator daripada partinya tetap tidak akan menyokong usul tersebut sekiranya ia memerlukan undian di parlimen.

“Gerakan akan cuba sedaya upaya yang boleh untuk memujuk ahli-ahli parlimen yang lain agar membantah usul ini kerana ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan cara kehidupan rakyat di negara kita,” katanya.
-Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s