Kurang 30% usahawan Bumiputera ada sijil halal

KOTA BHARU – Kurang kesedaran dan kekeliruan antara punca sebilangan syarikat serta usahawan Islam tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
asyraf
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seharusnya industri halal yang cukup sinonim dengan masyarakat negara ini dipelopori oleh usahawan Islam.

Menurutnya, kesedaran untuk mendapatkan sijil halal ini harus ditingkatkan untuk mengembangkan perniagaan dan memperkasakan ekonomi Islam di peringkat global.

“Kita orang Islam cukup peka dengan halal dan haram, ia disyariatkan agama kita, sudah tentu peluang dan ruang industri seperti ini perlu dikuasai oleh syarikat atau Usahawan Islam.

“Sehingga Oktober lalu sebanyak 5132 syarikat memperoleh sijil halal manakala 9637 syarikat ada sijil aktif, daripada jumlah itu hanya 29.6 peratus syarikat milik bumiputera Melayu Islam,” katanya selepas merasmikan program penerangan Pensijilan Halal Peringkat negeri di Breadoz Baker Outlet di sini, hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kelantan (DPMNK), Wan Zukilfli Wan Abdullah.

Tambahnya, berikutan itu kerajaan menubuhkan Majlis Halal Malaysia bagi mengawal selia dan menjadi koordinasi semua agensi bagi meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera Melayu Islam di peringkat antarabangsa. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s