Pencerahan Isu Viral Kotak Bantuan Gereja Asia Jaya

Telah berulang kali kita menerima mesej mengenai bantuan dari Gereja di Asia Jaya, ada sebuah kotak berisi duit, hanya tulis nama untuk ambil berapa diperlukan. Betul?
Bantuan Gereja Asia Jaya
Sebenarnya Gereja Asia Jaya yang mana? Asia Jaya di Petaling Jaya? Memang tidak wujud Gereja di Kompleks Asia Jaya! Nama gereja Asia Jaya pun Tiada!

Tak percaya? Cuba anda pergi ke kawasan LRT Asia Jaya, Seksyen 14, Taman Jaya, Taman Paramount hingga Kawasan sekitar Hospital Assunta dan Jalan Gasing. Memang ada banyak gereja dikawasan tersebut, TETAPI tiada satu pun yang menyediakan kotak seperti didakwa.

Hasil tinjauan dari sebuah ke sebuah gereja, hasilnya sebanyak 6 buah gereja telah berjaya dilawati oleh skuad peninjau. Gereja di sebelah Hospital Assunta PJ dengan jelas petugas disitu menyebutkan tiada penawaran bantuan seperti kotak khas atau sebagainya disediakan, malah beliau mencadangkan supaya permohonan bantuan dibuat di Baitulmal.

Jelas bahawa viral mengenai kotak berisi wang di Gereja Asia Jaya adalah PALSU semata-mata

Mengenai dakwaan mengenai bantuan dari masjid/surau susah memberi bantuan selalunya keluar daripada individu yang tidak pernah jejak kaki ke masjid/surau, paling tidak hanya seminggu sekali pada hari Jumaat.

Jika anda menghadapi masalah kewangan yang serius, datanglah bertemu dengan Jkuasa Masjid/Surau, pasti mereka akan membantu mengikut saluran2 yang bersesuaian.

Yang paling penting, apabila menerima sesuatu berita, semak terlebih dahulu, amalkan sikap Tabayyun.

Oleh : Pasukan bertindak mencari pencerahan isu viral di media sosial.

Copy n paste – Jom Sebarkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s