Murid Tahun Enam Tertusuk Gunting di Kening

SABAK BERNAM: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini berdepan detik mencemaskan apabila sebilah gunting tertusuk pada bahagian kening kanannya ketika sesi persekolahan tengah hari semalam.
tertusuk
Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa murid terbabit yang dikenali sebagai Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, mengikuti Program Pasca Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah berkenaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, sini.

“Kejadian berlaku ketika murid tersebut mengikuti aktiviti Pendidikan Seni sebagai pengisian program selepas UPSR.

“Difahamkan, semasa dia hendak ke meja rakannya, dia terjatuh selepas tersadung kaki meja lalu menyebabkan gunting yang dipegangnya tertusuk pada bahagian kening kanannya,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber itu, ibu bapa murid berkenaan sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut manakala laporan bertulis daripada pihak sekolah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam juga sudah dibuat.

Ketika ini, kata sumber itu, murid terbabit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s