Halalkah Nama Yang Jelik Dalam Islam?

Isu yang panas sehari dua ini ada orang pertikaikan peraturan Jakim yang menggariskan nama produk yang sinonim dengan produk tidak halal atau nama produk yang mengelirukan adalah TIDAK LAYAK MEMOHON PENSIJILAN HALAL MALAYSIA.
halal-toyyibah
Ini sebagaimana boleh dibaca di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) Tahun 2014, muka surat 16 dan 17, perkara 4.8 seperti berikut:

4.8 permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

…… x. produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya.

http://www.halal.gov.my/v4/images/pdf/MPPHM2014.pdf

Peraturan ini telah dikuatkuasa tahun 2014, 2 tahun yang lalu, tetapi ada pihak yang baru nak bising sekarang.

Persis kes haramnya tugu berbentuk haiwan dan manusia yang dibantah oleh orang pada September 2016 lalu, padahal fatwa telah lama muktamadkan haramnya pembinaan tugu berupa haiwan dan manusia dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-86 tahun 2009 (7 tahun yang lalu).

Kita fokus semula pada isu penamaan makanan ini.

Isunya, sebahagian orang tidak setuju nama makanan “Pretzel Dog” keluaran Auntie Anne ditukar kerana istilah “Dog” itu bukan bermaksud makanan itu mengandungi daging anjing. Kita tahu Auntie Anne masih belum dapat sijil Halal kerana proses audit Jakim belum sempurna dijalankan. Tetapi mari kita fokus berkaitan nama produk sahaja dalam tulisan ini dan bantahan mereka yang anti Jakim.

Mereka katakan “Kenapa Pretzel Dog sahaja yang perlu tukar, bagaimana makanan yang lain?”. Lalu, mereka berikan contoh “Coney Dog”dan “Root Beer” keluaran A&W. Padahal A&W telah lama menukar namanya kepada “Chicken Coney”,”Beef Coney”dan “RB”. Mereka berikan pula contoh “Hot Dog” keluaran Ramly Burger, padahal baik di kiosk atau Ramly Halal Mart, tiada “hotdog”, yang ada “Frankfurter Ayam”,”Frankfurter Lembu”.

Mereka tidak puas hati, jadi bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing? Tetapi mereka tidak dapat buktikan produk-produk dengan nama itu mendapat Sijil Halal Malaysia.

Isu mereka, ada sijil atau tidak, yang mereka nak tahu adakah Halal atau Haram makanan itu menurut Islam? Jika Halal, mengapa Jakim sibuk-sibuk suruh tukar nama. Jika Haram, apa selama ini umat Islam makan makanan haram kerana namanya tak mengikut klasifikasi Jakim termasuk kuih tradisional Melayu.
Baik, mari kita jangan campur aduk isu ini. Jika mahu tahu halal atau haram suatu makanan, cukup untuk kita baca takrif Halal yang dikeluarkan Jakim sendiri dalam MPPHM2014 muka surat 10-11, perkara 2.3:

2.3 Halal
2.3.1 Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
2.3.2 Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti berikut:

i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:

a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;

b. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;

c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;

d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan Fatwa;

e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;

f. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa; dan

g. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi sub-sub perenggan (a) dan (b).

ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.

Ringkasnya, Halal suatu makanan dilihat pada bahan yang digunakan, penyediaannya dan perkhidmatan yang berhubung dengannya mengikut Hukum Syarak. Jadi di mana elemen “nama makanan”?

“Nama makanan” tidak termasuk dalam penentuan halal atau haram makanan itu, tapi tentunya perbuatan menamakan makanan dengan nama jelik termasuk dalam bab “Akhlak” dan berkait pula dengan “Taqwa”. Hukum yang paling ringan tentunya Makruh. Dan hal makruh ini jika dibebaskan tentunya membawa kepada kelunturan iman yang akhirnya membawa kepada Haram jua.

Ini sesuai dengan ulasan islamqa.info kelolaan Syaikh Muhammad Saalih alMunajjid tentang jenama “Saudi Champagne” yang merupakan minuman yang halal di Saudi tetapi mempunyai nama yang sinonim dengan produk arak yang haram,

إطلاق أسماء الأشياء التي يبغضها الله تعالى على الأشياء التي أباحها ؛ فهو فعل يحتوي على استهانة بشرع الله تعالى وعدم التعظيم لأحكامه ، وهذا مناف لتقوى الله تعالى

“Menyebut sesuatu yang Allah halalkan dengan menggunakan istilah sesuatu yang Allah benci, perbuatan semacam ini termasuk meremehkan aturan Allah dan tidak mengagungkan hukum-hukum-Nya. Dan ini bertentangan dengan sikap taqwa kepada Allah.”
https://islamqa.info/ar/234755

Jika sudah berkait dengan Taqwa, adakah perkara Makruh yang boleh membawa kepada Haram ini boleh dibiarkan untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia?
Hal yang sama sebenarnya terlalu banyak berlaku di Indonesia, seperti Rawon Setan, Es Pocong, Bakso Tuyul, Bakso Laknat, Pentol Granat, Sambel Neraka dan lain-lain.

Ustadz Ammi Nur Baits mengulas isu ini di Indonesia dengan hujah berikut:

“Beliau menghalalkan yang thayyibat untuk mereka, dan beliau mengharamkan al-Khabaits.” (QS. al-A’raf: 157)

Thayib secara bahasa artinya baik. Khabaits, bentuk jamak dari khabits, yang artinya sesuatu yang menjijikkan. Semua yang halal adalah thayyib, dan adalah, dan semua yang haram adalah Khabits.Artinya, Allah memberikan nama yang baik untuk yang halal dan Allah memberikan nama yang buruk untuk sesuatu yang haram.

Karena, memberi nama yang baik untuk sesuatu yang baik, dan memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang buruk, bagian dari mengikuti petunjuk Allah. Sebaliknya memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang Allah halalkan, bisa termasuk menghinakan rizki yang Allah berikan.

Memberi Nama Makanan dengan ‘Setan’

asri
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status FB bertarikh semalam (19/10/2016) juga tidak menafikan pemberian nama yang baik kepada makanan dituntut walaupun bagi beliau, penentuan hukum Halal atau Haram makanan tidak mengambil kira namanya:

“ Buah mata kucing halal walaupun mata kucing sebenar haram. Kuih tahi itik di Kelantan halal walaupun tahi itik tidak dimakan dan najis pada majoriti ulama. Kodok diharamkan tapi cucur kodok halal. Telinga keling tidak boleh dimakan tapi kuih telinga keling halal. Maka, halal dan haram dalam makanan merujuk kepada bahan ataupun kandungan makanan bukan namanya.

Memang kita disuruh memberikan nama yang elok kepada diri, anak-anak dan orang lain. Pasti juga kepada nama produk kita jika kita yang menamakannya. Namun, jika nama itu sudah terpakai dan bukan kita yang memilihnya, makanan tidak haram hanya kerana namanya tapi yang dinilai ialah kandungannya.”

Jadi, adakah ada mana-mana khilaf akan tuntutan pemberian nama makanan dengan nama yang baik-baik, halal dan thayyibah? Tidak ada. Hampir sepakat semua Muslim setuju makanan Halal wajar diberi nama yang baik-baik.

Jadi, berbalik pada persoalan di awal tadi, bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing?

Kuih Tahi Itik, apa kata dipanggil Kuih Putih Telor?
Kuih Badak Berendam, apa kata kita panggil Kuih Sopang Pantai Timur?
Cucur Kodok, apa kata kita panggil Jemput-jemput Pisang?
Buah Mata Kucing, apa kata kita panggil Buah Longan?

Ada sahaja alternatif jika kita mahu dan tak kisah dengan nostalgia asal usul pemberian namanya. Mengapa kita mahu teruskan budaya Melayu yang tidak sesuai dan selari dengan anjuran Islam? Mengapa?

Saya tak mahu bangkitkan hal ini, tapi memang ada makanan yang dipanggil oleh kaum Melayu berbunyi rasis.

Contohnya,

Kuih Telinga Keling, padahal ada namanya yang lain Peniram dan Denderam.

Asam Taik Idung Cina, sebenarnya adalah Asam Buah Mo Fa Kor.

Jadi, wahai warga keturunan Cina, India dan Melayu yang anti-Jakim, adakah budaya rasis dalam panggilan nama makanan boleh di-Halalkan?

Makanya, sepakat saja, nama yang jelik kita tolak, apa yang boleh diubah, kita ubah!

Tuntas.

Kredit: mfr studio

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s