YaPEIM Peruntuk RM6 Juta Untuk Program Inspirasi UPSR, SPM

jamil-yapeim
KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memperuntukkan RM6 juta untuk melaksanakan Program Inspirasi bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijalankan sejak 2007 dapat diteruskan pada tahun hadapan.
jamil-yapeim1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 1,450 sekolah rendah dan menengah di negara ini.

“Ini menunjukkan komitmen kita yang tinggi memastikan pendidikan untuk pelajar. Dalam masa sama, lebih 200 gerai Yapeim seperti Ar-Rahnu boleh dijadikan sumber dana tambahan peruntukan RM6 juta pada tahun hadapan,” jelasnya selepas merasmikan Program Inspirasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yapeim di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.
jamil-yapeim5
Program ini adalah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Utusan Malaysia (UM) sebagai media rasmi.

Program ini bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan meningkatkan taraf pendidikan mereka, memberi tips dan teknik penting yang memfokus kepada persiapan akhir sebelum menjelang hari peperiksaan serta meningkatkan kesedaran motivasi ibu bapa dan pelajar.
jamil-yapeim4

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s