KDN Tubuh Pasukan Khas Bendung Hadis Palsu

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadith) yang menyediakan pandu arah bagi‎ mengekang penyebaran hadis palsu dalam masyarakat khususnya dalam penerbitan.
tahqiq
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jawatankuasa yang disertai tujuh ahli akademik dengan kepakaran khusus dalam ilmu hadis itu bakal menjadi pusat rujukan dalam menentukan taraf dan kesahihan sesuatu hadis, seterusnya memartabatkannya sebagai sumber hukum kedua selepas al-Quran.

“Kemunculan hadis palsu jika tidak dibendung akan memberi kesan yang besar kepada agama Islam di negara ini,” katanya pada majlis penubuhan Lajnah Tahqiq Hadith, di sini hari ini.

Menjadikan perpecahan yang berlaku di beberapa negara Islam lain sebagai contoh, Ahmad Zahid berkata penyebaran hadis palsu telah mendatangkan beberapa implikasi buruk termasuk menghalalkan pembunuhan sesama umat.

“Apabila kumpulan yang berpegang kepada hadis palsu mempunyai pengikut yang ekstrem, mereka akan mentafsirkan hadis mengikut kepentingan sendiri sehingga mendorong terlibat dalam kegiatan (militan) Daesh,” katanya.

Ahmad Zahid berkata jawatankuasa tersebut juga akan memberi perhatian terhadap pentafsiran atau syarahan hadis sahih yang apabila ditafsir dan diolah mengikut pemahaman yang salah.

“Keadaan ini, jika berlaku akan membawa kesan yang buruk sehingga membawa penyelewengan kepada hadis dan boleh menjejaskan keharmonian, ketenteraman awam serta keselamatan negara, katanya. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s